ANUGERAH TENAGA NASIONAL (NEA) 2019 DISAMBUT HANGAT DI KALANGAN PENGGIAT INDUSTRI

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

KUALA LUMPUR, 18 Mac 2019 – Anugerah Tenaga Nasional atau NEA (National Energy Award) merupakan acara tahunan inisiatif Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) sejak 2018. Pengiktirafan ini diberi kepada syarikat dan organisasi di Malaysia yang mengamalkan penggunaan tenaga secara cekap dan menyediakan penyelesaian tenaga yang boleh diperbaharui secara mampan dan cemerlang.

NEA 2019 telah bermula dengan panggilan untuk penyerahan pada awal Januari 2019 dan penyerahan ditutup pada 1 Mac 2019. Pada awal Februari, lebih daripada 200 penggiat industri yang terdiri daripada pakar, pemimpin industri, wakil universiti dan usahawan tempatan telah diberi taklimat tentang kriteria penyerahan NEA 2019. Sesi taklimat telah disempurnakan oleh wakil daripada GreenTech Malaysia, Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Lembaga Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA). Peserta juga digalakkan untuk berkongsi amalan terbaik mereka dengan mempamerkan langkah inovatif, kos efektif dan langkah teladan masing-masing.

Baca Selanjutnya