ANUGERAH TENAGA KEBANGSAAN 2025 : PETRA PELAWA PENYERTAAN PEMAIN INDUSTRI TENAGA LESTARI, TONJOL KEMAMPUAN DAN KEPAKARAN INDUSTRI TEMPATAN
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) ingin mempelawa pemain industri serta entiti yang berkelayakan untuk menyertai Anugerah Tenaga Kebangsaan atau National Energy Awards (NEA) Tahun 2025. Edisi Kelima NEA ini akan dibuka untuk penyertaan mulai 18 November 2024 sehingga 19 Februari 2025.
